BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

♥ service offer ♥


HAJI AND UMRAH PACKAGE
ROYAL BRUNEI AIRLINES
MALAYSIA AIRLINES
SINGAPORE AIRLINES
AIR ASIA
CEBU PACIFIC




Haji & Umrah Service: No. 4, Spg 224, Kg Pintu Malim, Jalan Kota Batu, BSB.
Sales Office: T1-21, BANGUNAN KOMERSIAL & PERDAGANGAN BUMIPUTERA JALAN CATOR BSB.


FOR RESERVATION!
office tel: 2239106/107, 2239087, 2226831. Fax: 2228303. e-mail: hthtravelagency@yahoo.com


facebook: Hab Hth / Hth Heart To Heart


ROYAL BRUNEI AIRLINES

ROYAL BRUNEI AIRLINES

AIR ASIA AIRLINES

AIR ASIA AIRLINES
now everyone can fly.

CEBU PACIFIC AIRLINES

CEBU PACIFIC AIRLINES
it's time everyone flies

ZIKIR HARIAN

HARI AHAD: ya hayyu ya qayyum (1000x) [ya Allah, tuhan maha hidup lagi berdiri dengan sendiri]
HARI ISNIN: la haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim (1000x) [tiada daya & kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah yang maha tinggi lagi maha agung]
HARI SELASA: allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X ) [ya Allah, rahmatilah ke atas Nabi Muhammad S.A.W & keatas keluarga baginda]
HARI RABU: astagh firullahal 'a ziim (1000x) [aku memohon keampunan kepada Allah tuhan maha esa]
HARI KHAMIS: subhanallahii 'a ziim, subhanallahi wabihamdihi (1000x) [maha suci Allah yang maha agung & segala puji untukNya]
HARI JUMAAT: ya allah (1000x)
HARI SABTU: la ilaha illallah (1000x) [tiada tuhan yang disembah melainkan Allah]




Monday 15 August 2011


KEPADA SESIAPA YANG INGIN MEGIKUTI MUSLIM PACKAGE SAIGON-VIETNAM 
KEBERANGKATAN:16.09.2011 SEHINGGA 21.09.2011HARGA:$895 ADULT CHILD:$658INCLUDE:TICKET,HOTEL,MAKAN DAN TRANSPORT DAN JUGA TERUS MEMBUAT LAWATAN TEMPAT BERSEJARAH DAN ORANG2 ISLAM DI VIETNAM. . TARIKH TERAKHIR PENDAFTARAN:20.08.2011CEPAT SELAGI MASIH ADA..JIKA INGIN MEGIKUTI 2226831 ATAU 2239106. .

Sunday 7 August 2011

Selamat Ulang Tahun


Selamat Ulang Tahun kepada Pengurus HTH Travel Agency 
Hj Abu Bakar Bin Hj Tengah Hashim.

'May Allah bless you with all joy and cheer
may you live a long life
and stay away from every grief'

Saturday 6 August 2011

Hurry up.
Book now while seats still available
.HTH Muslim Package going to Vietnam is only $ 895.00


Pada 16th sept 2011 - 21st sept 2011
Penerbangan Royal Brunei Airlines




Pada 21st oct 2011 - 26th oct 2011
Penerbangan Royal Brunei Airlines

UMRAH AWAL RAMADAN BERSAMA HTH - 26.JULY - 10.AUGUST 11








Beginilah persiapan untok berbuka puasa d Mesjid Nabawi,Medinah semua minuman,Kurma dan makanan d siapkan untok setiap jemaah yang datang untok menunaikan sembahyang fardhu magrib/












 DALAM PERNERBANGAN PESAWAT RBA 777 - BUSINESS CLASS SEAT ON 26.JULY 2011.

 JEMAAH UMRAH AWAL RAMADAN HTH DITEMPATKAN DI-ZAMZAM TOWER MEKAH

 Gambar Kenangan di-Hadapan Royal Dyar Hotel,
Medinah.



Suasana Sabelum berbuka puasa D lura Mesjid Nabawi Medinah.01.Ogos 2011.





Hari Pertama Buka Puasa d Mesjid Nabawi,Medinah 01.Ogos 2011.



TUJUH SUNNAH RASULLULAH JUNJUNGAN KITA YANG DI AMALKAN DI BULAN RAMADHAN


Terdapat tujuh amalan sunah yang sentiasa dilakukan oleh baginda setiap masa, samaada dibulan Ramadan atau diluar bulan Ramadan. Tetapi baginda biasanya akan mempertingkatkan amalan di bulan Ramadan melebihi daripada bulan-bulan yang lain.

Tujuh amalan sunah Nabi SAW adalah seperti berikut :

Pertama : Solat Tahajjud.

Kedua : Membaca al-Quran

Ketiga : Solat fardu berjemaah di masjid.

Keempat : Solat duha.

Kelima : Bersedekah setiap hari.

Keenam : Sentiasa berwuduk.

Ketujuh : Beristighfar setiap hari.

Huraiannya :

Pertama : Solat Tahajjud.

Solat sunat yang amat dituntut untuk dikerjakan oleh seorang mukmin dan tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi SAW adalah solat tahajjud. Kekuatan solat tahajjud adalah dapat membina hubungan hati dengan Allah SWT terutama dibulan Ramadan.

“Tahajjud” bermaksud bangun dari tidur pada waktu tengah malam. Solat tahajjud boleh dikerjakan di permulaan, pertengahan atau penghabisan malam, asalkan sesudah menunaikan solat Isyak. Akan tetapi sebaik-baik waktu melakukannya ialah sepertiga malam yang terakhir. Sekurang-kurangnya solat tahajjud dikerjakan dua rekaat.

Firman Allah SWT maksudnya :
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat Tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”.
(Surah al-Israa’ ayat 79)

Dalam sebuah hadis dari Bilal r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kamu qiamul lail (solat malam), kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, dan mendekatkan diri kepada Allah, mencegah dari perbuatan dosa, dan menutupi dosaatau kejahatan-kejahatan dan mengusir penyakit dari badan.”
( Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi.)

Kedua : Membaca al-Quran

Oleh itu, amat digalakkan kita menghidupkan Ramadan ini dengan memperbanyakkan membaca al-Quran. Membaca al-Quran termasuk antara amalan-amalan terbaik untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT terutamanya di bulan Ramadan ini di mana pahalanya lebih berlipat-ganda lagi.

Sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya : “Tidak (ada cara terbaik) hamba-hamba mendekatkan (diri mereka) dengan Allah seumpama apa yang keluar dariNya (yakni yang datang dari Allah) iaitulah al-Quran”. (Hadis Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, at-Thabrani dari Abu Umamah r.a.)
Selain membaca secara bersendirian, digalakkan juga kita membaca secara berkumpulan atau bertadarus. Dalam hadis Bukhari, Ibnu ‘Abbas menceritakan; “Pada setiap malam di bulan Ramadan malaikat Jibri datang kepada Rasulullah SAW. untuk bertadarus al-Quran dengan baginda”.

Mengenai fadhilat bertadarus, ia dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadis baginda;
Maksudnya : “Apabila berhimpun sekumpulan manusia di suatu rumah Allah (masjid) kerana membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling mempelarinya antara sesama mereka (yakni bertadarus), maka turunlah ke atas mereka ketenteraman, mereka dilimpahi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut nama mereka di hadapan malaikat-malaikat yang berada di sisiNya”. (Hadis Riwayat Abu Daud)

Ketiga : Solat fardu berjemaah di masjid.

Nabi SAW tidak pernah meninggalkan solat fardu berjemaah di masjid. Bila musafir sekalipun baginda akan tetapi mengerjakan solat berjemaah di dalam perjalanan.

Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :“Solat seorang lelaki beserta dengan seorang lelaki lain lebih banyak pahalanya daripada dia bersolat seorang diri dan solat seorang lelaki beserta dua orang lelaki lebih banyak pahalanya daripada dia bersolat dengan seorang lelaki sahaja. Manakala jemaah yang lebih ramai maka jemaah itu adalah lebih dikasihi Allah.”

Nabi SAW mewasiati umatnya supaya tidak meninggalkan solat berjemaah di masjid.

Sabda Rasulullah SAW. maksudnya, “Sesiapa yang berjalan untuk pergi mendiriian solat fardu berjemaah, maka ianya seperti pahala haji, dan sesiapa yang berjalan untuk pergi mendirikan solat sunat (iaitu duha) , maka ianya seperti pahala umrah sunat”.
(Hadis Riwayat Imam Ahmad bin Hanbal, Abu Daud,Tabrani , Baihaqi )

Pahala solat berjemaah dimasjid dibulan Ramadan ini akan di lipat gandakan oleh Allah SWT. melebihi solat berjemaah dibulan selain Ramadan

Keempat : Solat duha.

Dari Abu Dzar r.a., beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Setiap persendian (ruas) tulang salah seorang di antara kamu ada sedekahnya.Setiap tasbih itu sedekah, setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah, setiap takbir sedekah, perintah yang baik itu sedekah, mencegah kemungkaran itu juga sedekah. Dan kesemuanya itu cukup dengan melakukan dua rakaat solat dhuha.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata : “Kekasihku (Rasulullah SAW) telah memberi wasiat kepadaku untuk mengerjakan shaum (puasa) tiga hari setiap bulan, solat duha dua rakaat dan solat witir sebelum saya tidur”.
(Hadis Riwayat Lima Imam Hadis).

Kelima : Bersedekah setiap hari.

Anas r.a. menceritakan; Seorang lelaki bertanya Rasulullah SAW ; ‘Ya Rasulullah! Apakah sedekah yang paling afdhal?’.

Jawab Rasulullah SAW ;
??????????? ?? ???????

“Sedekah pada bulan Ramadhan”. (Riwayat Imam at-Tirmizi)
Imam Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas yang menceritakan;
Maksudnya : “Rasulullah SAW merupakan manusia yang paling pemurah. Baginda menjadi lebih pemurah lagi pada bulan Ramadan tatkala Jibril datang kepada baginda. Jibril datang kepada baginda pada setiap malam di bulan Ramadan untuk bertadarus al-Quran dengan baginda. Sesungguhnya Rasulullah lebih pemurah dari angin lepas (*yakni angin yang bertiup tanpa sekatan/halangan)”.
Berkata Imam al-Mawardi; “Disunatkan kepada seorang lelaki melapangkan ahli-ahli rumahnya (yakni melebihkan belanja kepada mereka dan sebagainya-pent.) pada bulan Ramadan dan melakukan kebaikan kepada kaum kerabatnya dan jiran-jirannya terutama pada sepuluh hari terakhir darinya”. (al-Majmu’, Imam Nawawi, jil. 6, halaman 398)

Keenam : Sentiasa berwuduk.

Dari Umar bin Khattab r.a, dari Nabi SAW bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud :
“Tidaklah salah seorang di antara kamu berwuduk, maka ia sempurnakan wuduknya kemudian berkata, ‘Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan kecuali Allah semata yang tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya,’ kecuali dibukakan baginya delapan pintu syurga, ia boleh masuk dari mana sahaja yang dikehendakinya.”
(Hadis Riwayat Muslim )

Hadis ini berbicara tentang fadilat wuduk dan maqam orang yang berwuduk, serta bagaimana wuduk itu mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia disisi Allah.

Ketujuh : Bertaubat dan beristighfar setiap hari.

Bertaubat dan beristighfarlah setiap hari kerana Nabi SAW beristighfar 100 kali sehari. Sesiapa yang sentiasa bertaubat kepada Allah SWT dia akan bersih daripada dosa-dosa.

Sabda Nabi SAW. yang bermaksud : “Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali”(Hadis Riwayat Muslim).

Allah SWT berfirman yang bermaksud, ” Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Sahabat yang muliakan,
Marilah kita beramal dengan amalan sunah dan berusaha untuk sentiasa istiqamah melaksanakannya. Di bulan Ramadan inilah kita perlu melatih diri kita dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mematuhi amalan sunah yang dilakukan oleh baginda semoga amalan ini akan dapat kita teruskan selepas perginya bulan Ramadan. Niat ikhlas dan berazam untuk memperbaiki amalan kita akan diredai oleh Allah SWT .

SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

HTH TRAVEL AGENCY INGIN MENGUCAP KAN SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI